Pengenalan
Pengakap
Kelana Ibu Pejabat Negeri Sembilan
Pertubuhan Pengakap Kelana Ibu Pejabat Negeri Sembilan (PKIP NS) ini mula ditubuhkan pada 11 Februari 2017. Kumpulan PKIP ini merupakan ahli-ahli daripada Pengakap Raja 2015. Pertubuhan ini dianjurkan oleh Tuan Hamdan yang merupakan Ketuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan sendiri. Kami sedia membimbing anda untuk menjadi Pengakap Kelana yang berkualiti dan seterusnya ke arah anugerah tertinggi bagi Pengakap Kelana iaitu Anugerah Baden Powell. Penyertaan anda dialu-alukan. Kami sedia membantu walaupun and tiada ilmu dan pengalaman berpengakap.
Matlamat
PKIP
- Menghasilkan ahli pengakap yang dipandang tinggi
- Memajukan kemahiran berpengakap dalam kalangan ahli pengakap negeri sembilan
- Membantu pengakap negeri dalam hal-hal berkaitan
- Melancarkan program yang dijalankan pengakap negeri sembilan
- Mendedahkan para remaja tentang oengakap kelana
- Membina jati diri dalam diri setiap ahli pengakap kelana
- Memberi pendedahan kepada warga belia mengenai aktiviti pengakap selepas alam persekolahan
- Menawarkan perkhidmatan dalam sebarang bidang yang terdaya, sesuai dngan dasar dan prinsip pengakap
Apakah
Kelana?
Pengakap Kelana ialah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia,
terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya.
Aktiviti-aktiviti Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam satu
kumpulan yang di panggil Krew Pengakap Kelana. Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara.
Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.
Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:
- Perkhidmatan (Service)
- Sosial (Social)
- Cabaran luar (Outdoor Adventures)
- Aktiviti Mental (Mental Challenge)
- Pembinaan Semangat (Spiritual Development)
Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalaman Krew Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew.
Pelantikan pihak krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli kelana yang menguruskan hubungan antara krew dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana.
Cogan Kata bagi unit Pengakap Kelana ialah SEDIA BERKHIDMAT
Cogan Kata bagi unit Pengakap Kelana ialah SEDIA BERKHIDMAT
Ulasan
Catat Ulasan