Program Pengembaraan Daerah Jempol
Program Pengembaraan Pengakap Kanak-Kanak Dan
Pengakap Muda Daerah Jempol 2017
Pada
31 Mac 2017, Persekutuan Pengakap Negeri Sembilan daerah Jempol telah
mengadakan program Kem Kembara bagi pengakap kanak-kanak dan remaja.
Sebanyak
3 orang ahli PKIP telah mendaftar diri sebagai sukarelawan, 149 peserta
mengambil bahagian dan mereka diiringi oleh 34 orang pemimpin.
Para
peserta mendaftarkan diri pada 8.30 pagi di Kompleks Bandar Sri Jempol. Kembara
bermula dari Kompleks tersebut terus ke SMK Seri Jempol kemudian ke SK Raja
Alias 3 dan seterusnya ke Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Kami
menunaikan solat zuhur/Jumaat di Masjid daerah Jempol, meneruskan perjalanan
pada pukul 2.30 Tengahari ke Majlis Daerah jempol dan seterusnya ke Balai
Bomba bagi latihan bantuan awal kebakaran menggunakan alat pemadam api. Tepat
pada pukul 5 petang, kami balik ke kompleks rakan muda dan bersurai
Para
peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan
tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna
terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup.
Aktiviti
perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat
menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain
mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti

Ahli
PKIP yang turut serta program ini sebagai urusetia
|
Ulasan
Catat Ulasan