Lencana Pengembaraan & Pertauliahan Vigil Pengakap Kelana
Lencana Pengembaraan & Pertauliahan
Vigil Pengakap Kelana
Selamat Sejahtera dan Salam Pengakap!
Pasukan
Latihan Negeri, PPM Negeri Sembilan telah menganjurkan Ujian Lencana Kembara
Pengakap Kelana 2017 pada 7 - 9 April 2017 (3 Hari 2 Malam) . Seramai 19
Pengakap Kelana Negeri Sembilan, khususnya seramai 8 orang ahli PKIP telah
mengambil bahagian dalam ujian tersebut dengan jayanya. Peserta berjaya
berjalan kaki sejauh 70km ( dalam masa bermalam pada 2 malam)
Lencana
Pengembaraan merupakan antara lencana wajib bagi Pengakap Kelana, selain
lencana kemahiran pengakap dan lencana perkhidmatan pengakap.
Lencana
ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kelana, sebagai mengakui berbagai
kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam
melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut
Pertama
sekali, Kami ingin Mendedikasikan Ucapan Penghargaan Ini Kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia (Negeri Sembilan) , Terutama Sekali Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri Sembilan Iaitu Tuan Hamdan Hj Mohd Nor,
Pengerusi Program Negeri Merangkap Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Sembilan iaitu Tuan Abdul Rahim Bin Pendek,
Seterusnya, Setiausaha Program Negeri, Tuan Khairul Nizam Bin
Jamaluddin, Pengerusi Pasukan Latihan Merangkap Ketua Penilai Dan
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan Iaitu Tuan
Aziruddin Bin Abdul Aziz, Setiausaha Pasukan Latihan Merangkap Ketua
Penguji Dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan Iaitu Tuan
Shafizan Bin Shahriman, Bendahari Jawatankuasa Ujian Lencana
Pengembaraan Pengakap Kelana Merangkap Ketua Pasukan Teknikal Pengakap Negeri
Sembilan Iaitu Tuan Nadzrullah Bin Yahya, Barisan Penilai
Ujian Lencana Pengembaraan Pengakap Kelana Dan Penilai Anugerah Baden Powell
PPM Negeri Sembilan, iaitu Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Sembilan, Tuan Chooi Yew Tzen Dan Puan Norsimah Nasari,
Penolong Pesuruhjaya Daerah Seremban Barat Iaitu Tuan Allen Cheok
Goon Xiang, Penolong Pesuruhjaya Daerah Jempol Iaitu Tuan
Osman Dasuki, Pemimpin Pengakap Daerah Jempol Iaitu Puan
Zarina Mohd. Hamid,Pasukan Teknikal Pengakap Negeri Sembilan- Pengakap
Laut , Tuan Mohd Amirul Asyraf Bin Mohd dan Tuan Zulkarnain
Bin Basiron selaku pemimpin Pasukan Pengakap Kelana Ibupejabat
Negeri Sembilan, AtasAmanah Dan Kepercayaan Terhadap Kebolehan kami Dan Memberi
Semangat Kepada kami Dalam Menjalankan Tugas Dan Tanggungjawab Sebagai Calon
Ujian Lencana Pengembaraan Pengakap Kelana PPM Negeri Sembilan Malaysia
(PKL/1/19/2017)
Pengembaraan
Kami bermula (Checkpoint Pertama) di MRSM Kuala Klawang. Kami dibahagikan kepada
4 Krew dan diberi taklimat tentang perancangan pengembaraan kami ke Kg. Chennah
(Chekpoint ke-2) dan seterusnya. Pengembaraan hari pertama kami berakhir di Kem
Bukit Perjuangan, Jelebu, Negeri Sembilan. Tugasan-tugasan pada hari tersebut
seperti temu ramah di Pejabat Utama dan lain-lain berjaya dilaksanakan
dalam perjalanan pengembaraan. Pada Malam Tersebut, Ujian dan Taklimat
tentang ‘Preamble’ Vigil Ceremony dijalankan, Slot aktiviti tersebut diketuai
oleh Tuan Chooi Yew Tzen.
Pengembaraan
hari kedua diteruskan pada pukul 8 Pagi, selepas istiadat Bendera dijalankan.
Kami ditugaskan untuk mengembara ke checkpoint seterusnya, iaitu ke Bandaraya
Kuala Klawang untuk menjalankan tugasan-tugasan lain. Tugasan bertemu ramah
dijalankan pada pukul 1.30 Tengahari di Pejabat-Pejabat Utama, seperti di
Muzium Adat, Balai Polis dan Balai Bomba. Selepas itu, dalam pukul 4 Petang,
kami meneruskan pengembaraan ke Kg. Orang Asli (Kampung Tohor Kenaboi Titi
71650 Negeri Sembilan) , iaitu checkpoint Terakhir kami pada hari tersebut.
Tepat pada 8 Malam, Istiadat Pertauliahan Vigil dijalankan. Dengan Ketibaan Tuan
Hamdan Hj, Mohd. Nor selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan dan
Tuan Aziruddin selaku Pengerusi Pasukan Latihan Merangkap Ketua
Penilai Dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Pengakap-pengakap
Kelana berjaya ditauliahkan. Istiadat tersebut berakhir pada pukul 9.45 Malam.
Pada
Hari ketiga, seawal 8 Pagi, Para Pengakap meneruskan pengembaraan ke Surau Hulu
Klawang untuk menjalankan tugasan terakhir bagi lencana ini, iaitu Khidmat
Masyarakat. Alhamdulillah dengan cuaca yang baik, krew-krew pengakap
Kelana selamat sampai di Checkpoint Terakhir iaitu MRSM Kuala Klawang pada
pukul 1 Tengahari.
Pengalaman
kami pada kali ini lebih bermakna dan mencabar daripada pengalaman ekspedisi
dahulu, semasa sebagai pengakap remaja. Pengalaman kali ini juga banyak memberi
pengajaran kepada kami semua, terutama sekali kerana sebagai pengakap kelana,
kami merupakan pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap kelana.
Oleh itu, pendapat serta keputusan adalah di bawah tanggungjawab kami sendiri.
Namun, walaupun pelbagai masalah dan rintangan kami lalui, kami amat
bersyukur kerana diberi peluang kesihatan dan pendedahan tentang aktiviti
berpengakap seperti ini. Kami telah belajar lebih daripada skim yang
ditetapkan, seperti tentang perbandingan hidup. Apabila kita bertentangan
dengan kesusahan dan kepayahan, kita menilai nikmat yang kita peroleh selama ini.
Sebenarnya ada lagi yang berdepan kehidupan lebih sukar di luar sana. Kali ini,
kata-kata pengasas kita, Mr.Robert Baden-Powell bermakna, iaitu “Happiness is
within the reach of everyone, rich or poor. Yet comparatively few people are
happy. I believe the reason for this is that the majority don't recognize
happiness even when it is within their grasp.”
Ulasan
Catat Ulasan