Notis: Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja dan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2017
Selamat Sejahtera dan Salam Pengakap!
Sepertimana yang diwara-warakan, Persekutuan Pengakap
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Perkhemahan Ujian Pentarafan
Pengakap Raja dan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2017 mengikut ketetapan
berikut:
Tarikh : 11-13 Mei 2017 ( Khamis - Sabtu )
Tempat :Kem Pengakap Negeri Sembilan, Seremban
Masa : 8.00 pagi ( Pentaraf, Pembantu Pentaraf dan
Urusetia )
2.00 petang ( Calon Pentarafan )
Sehubungan dengan itu, Kami selaku AJK Multimedia, dengan
segala hormatnya memohon kerjasama semua Ahli PKIPNS untuk
menghadiri perkhemahan tersebut sebagai Urusetia. besarlah harapan kami agar anda dapat
meluangkan masa untuk menyempurnakan perkhemahan tersebut.
Semoga dengan kehadiran anda semua akan menyerikan dan
mempermudahkan lagi perlancaran perkhemahan yang akan diadakan nanti.
Perhatian daripada pihak anda amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Bagi Segala persoalan, sila ajukan di Kumpulan Whatsapp rasmi
PKIPNS.
Sekian
SITI MADIHAH BINTI ZAINAL ANNUAR
MUHAMMAD SYAWAL BIN SAMSUDIN
AJK
Multimedia PKIPNS
Ulasan
Catat Ulasan