Notis: Pertandingan Pertolongan Cemas & Perawatan Peringkat Kebangsaan Ke-59
Selamat Sejahtera dan
Salam Pengakap!
Sepertimana yang diwara-warakan, persatuan St.
John Ambulans Malaysia mengadakan Pertandingan Pertolongan Cemas &
Perawatan Peringkat Kebangsaan Ke-59
Sehubungan dengan itu, Kami selaku AJK Multimedia,
dengan segala hormatnya memohon kerjasama semua Ahli PKIPNS
untuk menghadiri program tersebut sebagai Pegawai.
besarlah
harapan kami agar anda dapat meluangkan masa untuk memberi bantuan serta
menimba ilmu baru bagi menjayakan program tersebut.
Semoga dengan kehadiran anda semua akan menyerikan
dan mempermudahkan lagi perlancaran program yang akan diadakan nanti.
Perhatian daripada pihak anda amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Bagi Segala persoalan, sila ajukan di Kumpulan
Whatsapp rasmi PKIPNS.
Sekian
SITI
MADIHAH BINTI ZAINAL ANNUAR
MUHAMMAD
SYAWAL BIN SAMSUDIN
AJK
Multimedia PKIPNS
Ulasan
Catat Ulasan